Sunday, January 10, 2010

ARTIKEL JURNAL

Harap kawan2, cikgu2 dapat beri komen terhadap artikel di bawah....

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah.
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer.
Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra, sejarah , dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik ialah:
1. Teori pembelajaran dan aplikasi
2. Pintar Cerdas
3. Jurnal & majalah pendidikan matematik
4. Rekreasi matematik
5. Soal jawab Matematik
6. Sejarah matematik
7. Kesenian matematik dll
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.
" Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan "


VIVA.......

Assalamualaikum wbt....




For the 1st entry, harap2 tahun nie menjanjikan hope n achievement yg lebih baik dari tahun2 lepas.



Especially pada kwn2 cikgu2 yg tgh bertungkus lumus buat assignment (ye ke? tgh buat ke?), buat ler baik2. biar padey dgn perabih pitih ribu2. fuh... pokai poket den. Anyway... all the best 4 all of u... n remember.... THE VERY BEST THING OF US, COMES FROM THE OUTMOST SUFFER WE HAD.