Sunday, January 10, 2010

ARTIKEL JURNAL

Harap kawan2, cikgu2 dapat beri komen terhadap artikel di bawah....

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah.
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer.
Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra, sejarah , dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik ialah:
1. Teori pembelajaran dan aplikasi
2. Pintar Cerdas
3. Jurnal & majalah pendidikan matematik
4. Rekreasi matematik
5. Soal jawab Matematik
6. Sejarah matematik
7. Kesenian matematik dll
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.
" Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan "


18 comments:

  1. Penggunaan internet dalam pembelajaran pendidikan matematik

    Atikel ini adalah berkaitan dengan bagimana pemperkasakan pembelajarn matemtik agar boleh diikuti oleh pelajar dimana matemati menjadi matapelajaran yang menarik dan tidak susah.NCTM (National Council of teachers's of matematics (1980)mencadangkan pengajaran matematik perlu mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer.Mengikut kajian Cockcroft, penggunaan komputer boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer boleh merubah kepentingan sesuatu tajukdalam silibus matematik.Matematik juga perlu ditukarkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum diselesaikan.Pelajar juga memerlukan kefahaman yang lengkap tentang konsep-konsep matematik sebelum menyelesaikannya.
    Antara kepentingan komputer dalam mengayakan pembelajaran matematik ialah pelajar yang menggunakan komputer dalam mempelajari subjek ini didapati lebih bersifat lebih positif sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.Dengan menggunakan komputer dalam pengajaran memahami konsep dengan lebih mudah dan berkesan .selepas menggunakan kemudahan komputer juga ,pencapaian pelajar dalam peeriksaan akhir juga ketara.Kumpulan pelajar ini juga mampu mengekalkan maklumat matematik dalam jangkamasa yang lama.
    Terdapat banyak yang menrik yang disediakan oleh kemudahan komputer yang meliputi pelbagai topik seperti aritmatik, geometri,statistik,kalkulus dan algebra.Terdapat pelbagai tori pembelajaran dan aplikasi yang boleh dipelajari oleh guru seperti konstruktivisme.Stategi dan teknik pembelajaran pula seperti pembelajaran koperatif dan inkuiri penemuan disediakan.penyelesaikan masalah seperti beratus soalan mengikut topik dan laman web untuk pintar cergas disediakan di internet.terdapat jurnal dan majalah untuk rujukan guru dan rekriasi matematik meliputi pelbagai bahan untuk aktiviti rekriasi ini.Terdapat juga forum dan ruangan siber tokoh matematik dari seluruh dunia untuk dikongsi pendapat bersama.
    Pada pendapat saya guru matematik mestilah mengambil peluang ini untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran matemtik. Dengan ini pelajar akan tertarik dan akan lebih memahami matematik dengan pendekatan berbeza berbanding menggunakan formula semata-mata.Pendedahan seperti rekriasi matematik dalam internet akan mnyeronokkan pelajar dengan rekriasi matematik.Dengan internet juga pengajaran berpusatkan murid juga boleh dijalankan dimana pelajar akan berbincang dalam kumpulan semasa menjalankan aktiviti ini.internet juga mendedahkan pelajar,dunia baru matematik yang mendorong pelajar kepada pengkajian matematik di masa depan dan dapat menonjolkan potensi yang ada dalam diri pelajar itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. hohoh....
    JAW, buboh doh journal...
    (smbil dgr lagu killing me softly)
    lalalallalalalallalalllllaaaaaaa...........

    ReplyDelete
  3. proses pengajaran dan pembalajaran matematik yang kurang menarik di dalam kelas akan membosankan pelajar dan seterusnya akan melahirkan pelajar yang kurang cemerlang.kebanyakan pelajar mengatakan bahawa subjek matematik adalah subjek yang sukar dan menyebabkan mereka kurang berminat untuk mempelajarinya. oleh itu, guru perlu mencari inisiatif yang lain agar masalah ini tidak berterusan. pencarian maklumat melalui internet dikata dapat menarik minat pelajar dan kesannya kepada pelajar adalah lebih baik.malahan, pelajar bebas mencari maklumat tanpa had masa. walau bagaimanapun, semua langkah ini memerlukan bimbingan daripada guru itu sendiri. malahan pelajar juga perlu mahir dalam mengendali komputer. apa yang menjadi masalah, adakah semua pelajar memiliki komputer? bagaimana dengan pelajar yang tidak berkemampuan? apa tindakan kita?

    ReplyDelete
  4. terima kasih..............

    mengenai artikel ini terdapat banyak maklumat yang penting yg dapat kita berkongsi maklumat secara umum .penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada pelajar dan guru. terima kasih kepada yg menyediakan artikel ini untuk bacaan kepada semua pelajar.

    ReplyDelete
  5. Zuriah(202092)
    Salam............
    Tajuk:
    Teknologi Internet dalam Pendidikan : ciri,penggunaan,aplikasi Multimedia Interaktif.

    Zaman era globalisasi ini,peranan teknologi internet dalam pendidikan di mana ia merupakan alat yang dapat membantu para guru dalam proses P&P. Selain itu, penggunaan komputer dapat membnatu pendidik mencapai objektif P&P yang lebih berkesan sekiranya di gunakan secara sistematik. Dengan ini,ia dapat membantu para pengajar menyampaikan P&P dengan lebih baik kerana adanya IT dalam Pendidikan.
    Oleh itu, ia juga dapat mengubah suasana pembelajaran dalam kelas lebih efektif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

    ReplyDelete
  6. Komen Dari : NOOR LAILA KASMAWATI BINTI MUHAMMAD ZAIN
    No. Matrik : 202149

    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet akan lebih berkesan untuk pembelajaran matematik kerana pelajar akan lebih tertarik kepada aplikasi multimedia dalam proses P&P. Penggunaan internet juga akan membolehkan pelajar membuat capaian dengan lebih mudah mengikut masa yang mereka kehendaki dan keselesaan mereka. Ini akan membantu mereka memperolehi tahap pengguasaan matematik dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  7. Sememangnya amat penting dalam dunia hari ini, kaedah pengajaran guru perlu diperhebatkan dalam pelbagai cara supaya dapat menarik minat pelajar yang semakin advance. Oleh itu penggunaan internet dalam membantu pembelajaran matematik adalah satu cadangan dan langkah yang bijak. Ini kerana pelajar tidak hanya akan tertumpu kepada guru sahaja, malah mereka dapat menggunakan internet sebagai media pembelajaran. Bagi guru-guru pula, mereka akan dapat menarik pelajar-pelajar untuk meminati subjek ini. Tambahan pula banyak bahan yang dapat guru perolehi bagi membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan.

    Namun begitu, persoalan yang mungkin dapat ditimbulkan di sini, sejauh manakah penggunaannya nanti dapat dipastikan dan dikawal agar tidak disalahgunakan oleh pelajar. Oleh itu perancangan serta gerak kerja yang terancang perlu disusun atur dengan teliti supaya kita dapat mencapai objektif sebenar penggunaan internet dalam pengajaran matematik dan bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Internet merupakan satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik yang meliputi tajuk-tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra dan lain-lain yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik.
    Pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah merupakan alternatif yang paling sesuai dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Melalui penggunaan internet, guru dan pelajardapat melihat pelbagai soalan mengikut aras pemikiran pelajar. Di sini para guru boleh membimbing pelajar untuk memilih soalan-soalan berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar kelas.
    Koleksi jurnal matematik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang berhubung dengan matematik sesuai digunakan oleh para guru dan pelajar. Setiap jurnal mengandungi artikel yang terkini dan boleh dicetak untuk dijadikan sumber rujukan. Terdapat juga laporan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia.
    Kita juga berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan dengan matematik dalam pelbagai bidang. Soalan yang ditanya akan dijawab oleh pakar-pakar matematik yang berpengalaman. Melalui email kita juga dapat membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik tertentu.
    Kesimpulannya, subjek Matematik juga boleh menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.

    ReplyDelete
  9. Kemudahan Internet telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat termasuk maklumat tentang pengajaran Matematik. Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan Matematik, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan
    sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah Matematik yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai. Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat masuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan bahan pendidikan, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakan sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai sumber maklumat yang turut diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video yang pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat terutamanya pengajaran Matematik, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  10. sperti rakan2 yg lain, sy pun setuju proses P&P berbantukan IT akan menyerlahkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran terutamanya subjek killer spt matematik. dengan adanya pelbagai kmudahan yg disdiakan seperti virtual library serta bahan bantu mengajar yang menyeronokkan, guru mampu memvariasikan kaedah pengajaran yang mampu membuka minda pelajar dan menjadi celik matematik dan secara tidak langsung menaikkan percentage kejayaan sekolah

    ReplyDelete
  11. salam .... sememangnya pada zaman yang serba canggih ni internet dikatakan mampu membantu pelajar dalam pelbagai subjek. dan artikel ni mengatakan bahawa internet dapa membantu dalam pembelajaran matematik. tetapi kita seharusnya ingat berapa ramai pelajar yang mampu menggunakan internet dengan baik. penggunaan internet mesti dipantau oleh ibu bapa untuk mendapatkan keberkesanan dalam pembelajaran matematik. walaubagaimanapun bagi pelajar yang sememangnya celik it inilah kaedah pembelajaran yang dapat membantu memantapkan lagi penguasaan matematik.

    ReplyDelete
  12. Saya bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Ini kerana subjek matematik merupakan salah satu subjek yang amat memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Dengan adanya bantuan pengetahuan dan penggunaan komputer proses p & p dapat berjalan dengan lancar kerana ia memudahkan pelajar dan juga guru untuk lebih fokus kepada tajuk-tajuk berkenaan.Selain itu penggunaan komputer di kalangan pelajar akan dapat membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran yang sedia ada dan seterusnya dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

    ReplyDelete
  13. pengajaran dan pembelajaran matematik melalui internet akan sangat membantu pelajar dalam mendalami kefahaman tentang sesuatu subjek. tidak semestinya matematik sahaja, subjek lain juga boleh menggunakannya. tapi fokus saya kepada subjek matematik yang diketengahkan. internet juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. ini keranan kebanyakan sekolah telah pun mempunyai talian internet, jadi memudahkan proses p&p dijalanakan terus atau direct kepada talian internet. jika ianya melibatkan penggunaan talian internet, sudah semstinya kemahiran komputer terlebih dahulu perlu dikuasai oleh pelajar. secara tak langsung telah menjadikan pelajar menguasai 2 kemahiran sekali gus. penggunaan internet juga akan memperkembangkan lagi daya pemikiran pelajar supaya lebih berfikir dgn kreatif dan kritis. dengan semua kemahiran yang ada dan maklumat yang berjaya diperolehi daripada internet akan sangat membantu pelajar memahami sesuatu konsep. kesimpulannya, penggunaan internet dalam subjek matematik sangat membantu pelajar dalam memahami konsep dlm matematik.

    ReplyDelete
  14. saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

    ReplyDelete
  15. salam...
    penggunaan internet dalam pendidikan matematik amat relevan sekali pada zaman sekarang terutama bagi menyelesaikan masalah-masalah pengiraan yang kompleks...
    melalui internet, para pelajar dan guru dapat berbincang dengan rakan-rakan secara online bagi mnyelesaikan masalah-masalh matematik yang mungkin tidak dapat diselesaikan secara individu. selain itu, banyak tutorial atau bahan=bahan pembelajaran yang disediakan dalam internet yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka...

    ReplyDelete
  16. penggunaan internet dalam p&P matematik mempunyai manfaat kepada pelajar. ini kerana pengunaan internet sedikit sebanyak dapat mengembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar.internet juga merupakan sumber alat bantu mengajar dalam P&P.malah penggunaan internet dapat mengurangkan beban guru dan murid disamping setiap kerja yang dilakukan kemas, teratur dan sistematik.
    oleh itu, guru perlu guna pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran yang diajar terutama subjek matematik.

    ReplyDelete
  17. salam.

    berdasarkan artikel tersebut, saya amat bersetuju dengan saranan penulis agar kita perlu memanfaatkan sumber-sumber yang terdapat dalam internet untuk meningkatkan dan mempelbagaikan pendekatan pengajaran agar lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar.

    ReplyDelete
  18. salam, artikel yang bagus.

    komputer merupakan salah satu aspek penting bagi menangani perubahan ke arah
    pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. Penerapan mata pelajaran
    teknologi maklumat dalam sukatan pelajaran merupakan satu inisiatif bagi membolehkan guru-guru membiasakan diri dengan penggunaan
    teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi. Guru-guru harus diberi peluang untuk mendalami penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete