Friday, February 12, 2010

AKU SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA


Dulu, pernah ada seseorang bertanya kat aku... agak2 pasai apa Allah pilih hang jadi cikgu? Ngape DIA letak hang jd cikgu YIK? (member aku nie orang Kedah).

Masa tu aku termanggu (lama jugak laa)... Aku pun respon, emmm mesti ada sebab kan? takkan saja2 kot? bakpo eh? Aku serasi jadi cikgu kot? ye ke? sedangkan aku sebelum ni dah keje lain (Engineer Geologist). Sudah... susahnya nk jawab. Member aku cakap, hang tak payah jawab la ni, tak payah jawab kat aku, sampai masa kang hang tau sendiri.

Emmm... aku berenti keje as a Geologist tue aku tau la pasal apa. Aku jenis tak leh keje 24-7 ( keje 24 jam sehari, tujuh hari seminggu), mampus, hari ahad pun keje. Keluar rumah elok2 je habis solat subuh. Tu pun start solat, muazzin tak habis azan lagi. Balik, sampai rumah pukul 12 tgh malam. esok ulang balik. Terpikir jugak, sampai bila nk idup mcm nie. NO LIFE. Tup2... Marka (sekarang ana punya bini lah)bgtau, nk pakai GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih) kt Teluk Intan. Apalagi, lepas train dua budak geologist baru, aku terus resign. Try nasib kat Perak. Hehehe... masa tu bakal orang rumah keje kt sana jugak, itu pasal laju je langkah nk ke sana. Maka bermulalah kehidupan baru aku sebagai CIKGU. Ish... rasa senang hati betul. Masa tu pikir jadi cikgu SENANG. KEJE SIKIT. CUTI BANYAK. LESS RESPONSIBILITIES. LOT OF FREE TIME. Kat Sek Men Sultan Abd Aziz, Teluk Intan dan Sek Men Rungkup,Bagan Datoh, aku belajar sedikit demi sedikit tugas cikgu=pengajar+kerani

Pendek cerita, Maahad Tahfiz Sains (MTS), Yayasan ISlam Kelantan nk pakai cikgu FIzik. Mudir ms tu, Cikgu aku, Tn Hj Tarmizi, ajak aku ngaja tpt dia. Ish, ish... ada chance balik Kelantan. Apalagi terus apply. Celup setahun kat SMU(A) Tok Uban. Kat Tok Uban, aku belajar realiti sebenar sekolah bantuan. Kat sana tanggungjawab jadi guru makin terasa. Rasa rapat dengan masyarakat. Rasa tanggungjawab terhadap budak2 makin bercambah. Maybe, sbb diaorang budak2 ngaji arab/ugama, mcm aku gak dulu. Boundary aku dgn budak2 pun makin kecik. Impian aku tinggi. Nk tgk sgt anak murid berjaya. Skang ni, deme ramai dah duk kt U. Kdg2, budak2 tpon tanya kabar, aku rasa mcm dah tua sgt. Hehe.., maklumlah 'anak-anak' duk kt Universiti.

Tahun 2007 terpacak aku kat MTS. Aku pernah bagitau orang rumah, Ngaja budak2 tahfiz, feel rasa lain skit lah, rasa PRIDE. Ngaja anak muda, that I truely believe someday will change the world, and I was a part of them. sekali lagi... PRIDE.

SEKARANG... Aku rasa dah bertemu jawapan pada soalan yang bertahun2 bersarang dalam kepala otak aku. Mula2 aku sedar, dulu aku pernah cakap keje jd geologist SUSAH... rupa2nya keje jd CIKGU, LAAAAAGIII SUSAH. Dulu aku cuma keje ikut arahan bos, arah worker India, Indon, Vietnam, Bangla, buat itu ini, check drilling machine, supervise grouting process, calculate depth, wat daily report, terlibat sket2 SOGOK makan minum Consultant yg tiap2 hari mintak entertain (Nasib baik yg dia mintak pelik2, aku tak pernah kena).

Jd CIKGU... bukan sekadar mengajar. Cikgulah mak & ayah kat sekolah. Pendengar yang setia. Pembimbing yang tak putus asa. Mesti sarat dengan ilmu & nasihat. Jgn mengeluh sbb penat. Aku nak masa depan yang baik untuk anak2 aku. Maknanya, aku kena mendidik anak murid dengan TerLEBIH BAIK. Always give More. Aku yang akan mencorak masa depan pelajar, dan pelajar-pelajar aku yang akan mencorak dunia ni, menjadi lebih BAIK.

Jawapannya... dulu aku pernah berdoa, " Ya Allah, kalau aku dh berkeluarga, aku nk kami sekeluarga hidup dalam bi'ah solehah, nk anak2 jadi pemuda/i terbaik umat ini pernah hasilkan. Nk anak2 jd orang pandai & berguna. Hormat orang tua. Sentiasa mendoakan ibu bapa. Buat baik kat semua orang. Hidup dalam dunia yang baik, jauh dari benda2 tak elok. Aminn. Rupa2nya dunia yang aku impikan, dibina oleh insan bernama GURU... dan untuk semua yang aku minta... ALLAH pilih aku salah seorang daripada MEREKA.

6 comments:

  1. emmm...komen artikel ilmiah xbest la...tp komen yg ni ok.
    wellll... most ckgu YIK bermula dgn history mcm tu la...awal2 dulu (ms study) xnk jd ckgu...xbest...x mncbr...tp, yela... mgkin doa kita hya Allah shj yg fhm arah yg sptutnya kita tuju (wthout we realise it) dan skrg di sinila kita...

    then... xrasa ke nk apply mgjar d sklh kmterian ke?

    ReplyDelete
  2. isk3 tengkiu sir coz sudi ajar ana...

    ReplyDelete
  3. thank you sir...
    saya sayang sir...
    cube teka saper alFaqir tue?
    dia dok sblh ana dlm kelas...

    ReplyDelete
  4. terharu molek rasanya...hu2( idung ana dh brair dh ni..)
    sero nk copy n paste kt blog ana jah...bleh na?

    ReplyDelete