Tuesday, February 9, 2010

LAGI ARTIKEL....

Penggunaan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.



Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan,
· Meningkatkan motivasi murid,
· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
· Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, dan
· Meningkatkan kemahiran ICT.

2 comments:

  1. sememangnya bidang ICT adalah satu capahan ilmu yang mesti ada dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Impaknya amat positif untuk kedua-dua pihak sama ada guru atau pelajar. Bagi guru/pelajar, bidang ICT didapati akan banyak memudahkan kerja guru/pelajar bagi menerangkan topik-topik yang sukar diinterpritasi dengan penerangan sahaja. Tetapi memerlukan animasi-animasi serta grafik-grafik yang lebih realistik.
    Di samping itu juga ia dapat membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokan dan berkesan.

    ReplyDelete
  2. Modul ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti P&P. Penggunaan ICT dapat membantu guru membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti P&P yang menggunakan ICT. Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
    1. Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjunatau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
    2. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendakkurikulum atau untuk menyokongsesuatu pendekatan P&P.
    Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid. Pendekatan yang terbaik ialah jikapenggunaannya sesuai dengan keperluan murid. Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid gunakan ICT).

    ReplyDelete